Minggu, 08 Juli 2012

Akhlak dan Sopan Santun dalam Islam

Oleh: Oktantri Rujiantika P. (KKN PPL BK UNY 2012)

Islam mengajarkan umatnya kesopanan yg maha tinggi, jikalah kita benar-benar Islam dan beriman. Allah (s.a.w) memberitahu hambaNya dalam firman berikut:

Firman Allah (s.a.w): ' Dan, (ingatlah) sesungguhnya kamu (Muhammad (s.a.w)) nescaya atas budi pekerti yg agung.' [Ayat4, Sural al-Qalam]
Kemudian Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurna baiknya budi pekerti (manusia).' [Hadith Imam Ahmad]
Bagi mereka yg mempelajari ilmu as-Sunnah, tidak lain akan mengetahui bahawa begitu banyak contoh-contoh perangai dan peribadi serta akhlak mulia yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), yg disuruh kita yg Islam dan beriman contohi. Maka dengan itu Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Lebih sempurnanya keimanan seseorang yg beriman itu adalah orang yg lebih baik budi pekertinya.' [Hadith Abu daud, Kitab as-Sunnah]
Islam mengajarkan kita supaya memberi salam apakala kita bertemu dgn seseornag yg Islam walaupun kita tidak mengenainya. Ucapan 'Assalamualaikum' itu diucapkan kpd sesiapa saja (orang islam) yg kita temui, sama ada kita kenal atau tidak. Dan, kalau mereka bukan Islam kita juga tegur mereka dg ucapan yg sepadan seperti 'Selamat Pagi' atau 'Apa khabar?' dan sebagainya. malangnya, hari ini akhlak orang Melayu yg diakui Islam sudah jauh dari apa yg dituntut oleh Islam.
Insya Allah dalam post-post mengenai tajuk ini, kita akan rumuskan apakah tutntutan Islam terhadap orang Islam dalam meningkatkan akhlak yg baik lagi mulia. Dengan itu, kemungkinan besar mereka yg tidak Islam akan lebih terdorong untuk mengenali Islam dan memahami Islam, dan mungkin tercetus di hati mereka untuk menjadi Islam, insya Allah.
sumber:  http://yayasan-ilmu.blogspot.com/2010/05/akhlak-dan-sopan-santun-orang-islam.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar